Saya tak tahu nama dia ape sebab dia tulis dalam bahasa Jepun & I can't read Japanese. Satu-satunya perkataan yang saya boleh baca adalah "heal pharm" dan saya tak tahu heal pharm tu brand dia ke ape. Tapi fungsi dia adalah untuk membuang black & white head. Macam mana saya boleh tahu? Sebab saya tengok gambar kartun tu tampal benda tu kat hidung. Tak mungkin benda ni boleh guna untuk mancungkan hidung lak kan. kikiki.
Saya pun tak faham macam mana boleh terbeli benda ni. Dah berkurun benda ni ade kat dalam make up bag tu. Tapi saya tak guna pun. So hari ini ayuh mencubanya!
Saya pun tak faham macam mana boleh terbeli benda ni. Dah berkurun benda ni ade kat dalam make up bag tu. Tapi saya tak guna pun. So hari ini ayuh mencubanya!
Ok ini manusia yang gigih pakai tudung pukul 4 pagi semata-mata nak ambik gambar pakai benda ni. Tapi abaikan mata yang lembam macam baru lepas kena tumbuk tu.
Arahan dia suh pakai dalam tempoh masa 10-15 minit, so meanwhile tunggu benda ni melekat betul-betul, saya naik atas katil untuk bace komik kegemaran, Shin Chan! Ohh yes. Walaupun umur dah nak menjangkau 23 tahun tapi saya masih membaca komik Shin Chan yer sebelum tidur. Shin Chan sangat comel. Tapi saya tak sarankan ibu-ibu mengandung baca komik Shin Chan ni yer sebab takut nanti terkenan and then baby tu jadi nakal gila macam Shin Chan. Kalau korang tanak rambut mengerbang & muka kedut-kedut macam Misae ibu Shin Chan sila lah keep it away awal-awal. Hee.
And ohh yes. Kaki yang berstokin butterfly itu adalah kaki saya. Dah menjadi habit saya pakai sock time tidur. hee.
After 10 minutes, saya pun tarik benda tu laju-laju. Pastu menjerit sorang-sorang. Pedih gila kot. Rasa macam tarik kulit muka sendiri. Terus pegi depan cermin kot-kot memang kulit hidung saya yang tertarik sekali. Habis la. Nati hidung saya jadi cam Michael Jackson. Makkk. Takut.
Bila depan cermin tengok hidung saya masih selamat. Masih ada kulit lagi. Tapi nape pedih sangat ek? Memang sakit macam tu ke kalau nak buang bintik-bintik hitam? Patut la masa pakai bau dia macam gam uhu Cap Gajah. Ntah-ntah gam uhu tu salah satu dari ramuan dia. Huwaa.
Tarik nafas dalam-dalam, pastu try tarik sikit demi sikit. Memang pedih. Habis hidung jadi merah. Pastu brenti jap sambung baca Shin Chan sambil tarik konon-konon untuk mengalihkan perhatian rasa sakit. Tapi still tak menjadi. Huwaa. Pasni sumpah tak nak pakai dah.
Setelah hampir sejam bertungkus-lumus akhirnya benda tu berjaya tanggal. Nampak tak bintik-bintik colour putih kat pelekat hitam tu? Bintik-bintik kat pelekat hidung taw bukan bintik-bintik diamon kat bekas eye shadow tu pulak. Gila besau bintik-bintik putih haku gitu. hahaha. Bintik-bintik kat pelekat tu lah bintik-bintik putih or hitam yang keluar dari hidung kemek saya ni. Banyakkkk. So kalau korang yang nak buang bintik-bintik kat hidung korang tu & kalau korang rasa korang kental tahan pedih, sila lah beli yer. Kat watson ade jual. Selamat mencuba. hee.
.
1 orang berkata-kata:
Berkesan tapi xelok pakai selalu sangat. Actually boleh ganti ngan putih telur je. Tradisional, lagik save duit, lagi selamat. =D
Post a Comment