Saya Sayang Mereka ♡

Thursday, May 17, 2012

Convo kali kedua.

Just come back from Uitm Shah Alam. Pegi amik jubah konvo uolls. Tak sangka dah abes degree rupenye. Da makin tua den ni. Sobs.

Tapi harini best sebab bley jumpe blk kawan-kawan sume. Dah lame tak gathering macam tu al maklumla masing- masing da bekerjaya sekarang ni kann.

So stay tune. Ari sabtu ni upload gambar konvo lak ;p

P/s: tak sabar nak berkonvo kali ketiga = Master ;)



This entry posted using iphone 4

.

Saturday, May 12, 2012

Exam PTD

Entry kali ni di update terus dari Dewan Peperiksaan Darulnaim. Kelasss kau jah. Korang ade? Takde kannn. Muahaha.

Ekceli sekarang ni saya tengah menunggu untuk sit exam keempat pada harini utk exam PTD. PTD tu ape? Alaaa korang ni. PTD tu pegawai tadbir & diplomatik N41. Haa skali ngan gred jawatan saya kasi.

Tak sabar nak kuar dari dewan ni. Ade 2 lagi paper exam. Smua skali ade 5. Abes berlubang kertas jawapan saya tembak dengan confident nye. Haha. Itulah mama soh study malas. Iye la da macam nk sit final exam degree lak nak kne study bagai. Tak kuasa mak. Tapi ade la bace-bace gak. Tak kan nak gi masuk exam bodoh camtu lak. Macam gi berperang tak bawak snapang lak. Tapi u know me. I bace before nak tidur je. As bed time story. Bace 2,3 baris pastu krohhhh. Pastu harini bile nak jawab exam pakai six sense je. Memang hebat! Lalalala~

Ekceli memang malas nak datang sit for exam today. Tapi mama dah bising so balik la kb datang exam ni even tak confident tapi try je la kan. Lagi pun hati ku sudah bertekad untuk sambung study ambik master. Cewah.

Ok lah next exam dah nak start. Ehem2. Doakan saya ok? Sayanggg korang :)



This entry was posted using Iphone 4

.

Saturday, May 5, 2012

aku memiliki sebuah hati


Lately selalu sangat terdengar lagu ni kat radio. Lagu ni memang best. Tapi lirik dia.... sentap mak dengar uolls. hehe. & make me keep thinking about someone. sobs.


"aku memiliki sepasang mata, tapi tak dapat selalu melihatmu.
Aku memiliki sepasang tangan, tapi tak dapat selalu melindungimu.
Tapi aku memiliki sebuah hati, yang selalu berdoa untukmu." Amin Ya Rabb.







p/s : sronok tengok picture wedding Scha & Awal Ashaari. Memang sama cantik sama padan. Untung laa la dorang kan. jodoh & cinta dorang berkekalan hingga diijabkabulkan. sangat cemburu dengan dorang. bestnye dapat jadi dorang. haish.



.

Monday, April 30, 2012

Suke nyerrr

Happy labour day everyone!!!

#eksaited lebih sebab first time celebrate labour day sebagai seorang pekerja. Ohh nikmatnya cuti.
Bleh qada' tido banyak-banyak ;p


*picture : me & mini me :p
Yes. We do look-alike ;)
Love u little sis.




This entry have been posted via Iphone4


.

Wednesday, April 25, 2012

Peta

Orang lain pakai GPS. Saya pegi keje pakai Peta. Itupun still bleh sesat lagi. Sigh.

P/s : peta saya lagi hebat dari google maps :p

Tuesday, April 24, 2012

Best tak bila dah keje?

Dulu masa tengah study slalu fikir bila laa nak keje. Nati bila keje dah tak yah susah-susah serabut wat assignment. Tak yah susah-susah bengkak mata tak tido malam sebab study last minute utk test & final exam. Keje nati mesti best. Dapat duit. Nati bleh beli baju & handbag banyak-banyak. Tapi skrang bila da keje hidup tak seindah yang di bayangkan. Huwaaaa...

Tiap-tiap hari kena bangun kul 5 pagi, mandi cepat-cepat pastu terus rushing gi keje padhal keje masuk kul 9.

Pastu hari-hari nak gi keje menempuh jem macam $@"?!. Korang imagine macam mane perasaan saya yg terpaksa terperap dalam keta yg bergerak macam siput barbie 4 jam shari, 20 jam sminggu, 92 jam sbulan. Stresssss gila kotttt. Kalau drive blk kb pun da 6,7 jam one way. So kalau kira saya dah macam drive balik klantan tiap-tiap minggu.

Tu tak kira stress di tempat keje lagi. Kena maki hamun ngan client bagai. Time ni la rase nak balik smula student life kan. Huwaaaaa..

Manusia memang tak reti nak bersyukur. Saya tak cakap kat org lain. Saya cakap kat diri sendiri. Sigh. -.-

So jawapan pada soalan header di atas : best tak bila dah keje? TAK BEST LANGSUNG!

Friday, March 30, 2012

Tertipu dengan Make Up

Assalamualaikum..
Entry kali ni khas untuk bakal-bakal Bidadari Syurga :) 





Samada kita sedar atau tak, make-up sebenarnya menutup keyakinan sebenar wanita ! saya tak nafikan. Kita ni kaum wanita kalau nak keluar rumah je automatik nak make up kan. kalau tak pakai pape rase tak confident. Rase cam selekeh je. Dah jadi mentality kita, kalau make up je nampak cantik. Maybe sebab kita tengok kat magazine, kat tv semua tunjuk model-model yang cantik gila & gojes smua bermake up kan. Sampaikan kalau ade yang tak nak keluar rumah kalau tak bermake up. kenapa yer sampai jadi macam tu? Kadang-kadang bila kita buat macam tu tanpa kita sedar seolah kita tak bersyukur dengan ciptaan Allah. Kita seolah-olah merakui ape yang Allah bagi tu tak cukup indah dan cantik hinggakan kita perlukan sesuatu yang di cipta oleh manusia untuk membaiki ape yang Allah kurniakan tu. Astaufirullah halazim :(


Kadang-kadang saya terfikir kenapa yer masa saya mengerjakan umrah, saya confident je keluar dari hotel tanpa secalit make up pun dimuka. Tapi bila balik Malaysia, automatic mesti nak bermake up. Padhal bila bermake up lagi menyusahkan. Iye lah berape lama yang kita peruntukan sehari-hari untuk bermake up. Sekurang-kurangnya 5-10 minit kan. Pastu paling leceh bila nak solat. Tiap kali nak berwudhuk nak kena tanggal make up especially yang water proof (kalis air) tu. Sebab takut nati wudhuk yang kita ambil tu tak meresap masuk & paling takut nati wudhuk yang kita ambil tu tak sah. Pastu bila sudah solat nak kena make up lagi skali. Ya Allah. leceh nya. Dulu bila kat Makkah & Medina, bila tengah shopping tu dengar azan terus jalan kaki pegi masjid & bersolat. Tak payah fikir ape-ape sebab dah pakai jubah, tudung dah labuh & berstokin. Kalau wudhuk dah terbatal, amik je wudhuk di masjid  tak payah bawak make up remover. Ya Allah mudahnya. Saya sangat rindukan suasana tu :'(


So kawan-kawan, marilah kita kurangkan make up dimuka. Kesian kulit kita asyik bertampal dengan bahan kimia & kesian hati kita juga sebab tertipu dengan bisikan hati. Setakat nak ke kedai, jumpa kawan & ke shopping mall tak payahlah make up. Yang asli tu kan lebih baik :)

Lebih cantik, kurang berbelanja pada yang tak perlu dan yang paling utama, disitu terselah keyakinan diri sebenar seorang wanita ! 

Kalau tak boleh secara drastik, Kita boleh mencuba satu persatu. Lama-lama mesti terbiasa. 



Me without make up except eye liner atas mata. Tengah belajar pelan-pelan :)

Me without any make up at all. Alhamdulillah dengan segala kurniaNya :)


#support campaign "Less is More" by Rina Salleh.



.